Rabu, 30 September 2009

Novel

"kita memang disuruh mencari kekayaan asalkan kekayaan itu dapat membantu kita membina kekayaan di akhirat nanti"
(Petikan dari novel liku-liku pertembungan karya Harun Hj.Salleh)

Isnin, 14 September 2009

Maafkan Ku

maafkan aku hati
kerana terpaksa aku mamah rasamu
terpaksa menuduhmu
maafkan aku jasad
kerana terpaksa aku sakiti
dan cuba untuk melempar mu dariku

maafkan aku akal
kerana membuangmu
tanpa berfikir
kerana aku tak terdaya berfikir
maafkan aku usaha
kerana telah tewas
telah tunduk
pada kelemahan diriku

Yang Mengerti-Nya
berikanlah aku kejernihan cahaya
agar dapat aku berlari
dan mati dalam jalan-Mu
berikan aku kekuatan
untuk mengusir dan membunuh
bayang virus ini
yang selalu buatku terkubur
walaupun aku belum tiba untuk dikuburkan
dan suatu ketika akan tiba jua masaku
mengadap penciptaku yang Maha sempurna
yang tidak dapat disamakan dengan zat lain

Kekesalanku

"Kerana ketidakkan teliti aku dan tidak bertanya lanjut, aku telah mencipta rasa kekesalan dan kebodohan di hati sendiri, sememangnya aku yang salah kerana yang mengundang rasa itu. Terasa hendak tidur seketika ini dalam merengkok menahan kesakitan dan lebih afdal rasa aku membuang diri seketika tanpa menghiraukan sesiapa kerana hari ini penuh manik-manik rasa yang hitam menyerang fikiranku yang aku tanggung sendiri"

Khamis, 10 September 2009

Hari Ini

"Kadang-kadang kesibukan membuatkan manusia lupa pada kasih sayang, kadang-kadang kesibukan membuat manusia alpa meningati-Nya, kadang-kadang kesibukan membuat manusia menjadi buta hati perasaannya terhadap persekitaran sekeliling, kadang-kadang kesibukan membuat manusia menjadi gila mengorek lubang kekayaan dan menjadi gila mencari kuasa kedudukan serta lupa untuk mengisi taman abadi mereka dengan harta pahala, kadang-kadang kesibukan membuatkan manusia menjadi pentingkan diri sendiri hingga lupa bermunasabah diri dan begitulah kesibukan yang menjerat hatinya jika manusia tidak pandai mengurusnya akan membuatkan diri dikawal oleh kesibukan dan bukannya yang mengawal kesibukan yang bermanfaat bukan hanya kepada dirinya tetapi perlu juga memikirkan orang lain"

Ahad, 6 September 2009

Melodi Hatiku

"begitu cetek ilmu didadaku, tamsilam sebuah kapal di tengah lautan pelayaran hidup yang tak pasti ianya akan mampu lagi mengimbangi ribut taufan-Nya"

Sabtu, 5 September 2009

Sekadar Kata-Kata

"Detik yang telah berlalu dan waktu yang menunggu membuatkan manusia gelisah dan apabila detik telah menjemput manusia akan menghadapi jua waktu yang telah dijanjikan itu"