Memaparkan catatan dengan label Catatan Sukma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Sukma. Papar semua catatan

Khamis, 12 Ogos 2010

Langkah Hidup

langkah permulaan adalah impian
langkah hidup kedua adalah usaha dan doa
langkah hidup seterusnya adalah tawakal kepada-Nya

Isnin, 22 Mac 2010

Kemaafan

Kemaafan adalah kemuliaan, tetapi manusia sukar untuk menghadiahkan mutiara kemaafan kepada seseorang jika ianya disakiti, benarlah buat baik berkali-kali akan diingati dan jika sekali disakiti dan dikianati ianya umpama sembilu menikam hati..aku juga sukar memaafkan orang lain jika disakiti dan dikianati walaupun ku tahu ianya satu kemuliaan peribadi yang tinggi.

Berakhirnya Cuti

Hari ini dah berakhir cuti persekolahan penggal 1. Cepat masa berlalu, benarlah masa tidak dirasai hanya denyut nadi kita yang setia mengikuti masa. Selagi denyut nadi kita masih gagah berdenyut selagi itulah kita masih boleh menghirup udara dan melihat bumi-Nya ini. Sepanjang aku berpraktikal di SMG banyak rempah perasaan yang aku dapat rasakan, masih ada sebulan lebih untuk aku melaksanakan tugas dan tanggungjawab di situ. Aku berharap semoga ianya akan berjalan dengan lancar dan memberi aku kekuatan yang kental untuk menghabiskan langkah pendakian perjuangan selama 14 minggu di SMG. Aku pernah terfikir, dunia pendidikan samalah dengan dunia kerjaya yang lain, dunia ini juga penuh dengan cabaran. Aku juga sering bertanya jika aku menjadi guru atau pendidik atau murabbi atau mualim, apakah aku hanya untuk mencukupi bulan dan sekadar makan gaji dan jika aku tidak faham apa itu erti gelaran tadi, umpama gaji yang akan aku dapat tidak akan mendapat keberkatan. Aku sedar, aku hanya manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan dan kadang-kadang terbit di hati ini niat yang kurang elok, tapi aku sentiasa minta agar ianya dijauhkan memasuki hati dan fikiran aku. Aku juga pernah terfikir, jika pelajar umpama samseng guru juga perlu membawa sikap samseng. Hanya samseng yang tahu mengajar samseng yang lain, itu hanya fikiran aku. Apa yang aku titipkan ini hanya sekadar fikiran dan apa yang baik jadikan iktibar serta apa yang tidak baik jadikan teladan, jadi fikirlah sendiri.

Isnin, 14 September 2009

Kekesalanku

"Kerana ketidakkan teliti aku dan tidak bertanya lanjut, aku telah mencipta rasa kekesalan dan kebodohan di hati sendiri, sememangnya aku yang salah kerana yang mengundang rasa itu. Terasa hendak tidur seketika ini dalam merengkok menahan kesakitan dan lebih afdal rasa aku membuang diri seketika tanpa menghiraukan sesiapa kerana hari ini penuh manik-manik rasa yang hitam menyerang fikiranku yang aku tanggung sendiri"

Sabtu, 15 Ogos 2009

Suasana Semalam

Semalam aku menemani kawan sebilik dan serumah dahulu ke kuala lumpur untuk mengambil barang dengan kawan abangnya di klcc. Kami bertiga sampai ke kl lebih kurang jam 8.00 malam keadaan jalan raya agak sibuk dan hujan lebat dan gerimis turun menyambut kedatangan kami. keadaan klcc agak sibuk dengan pengunjungnya yang majoritinya ialah pelancong asing, terdetik di minda aku dengan keadaan semasa iaitu penularan wabak H1N1 yang semakin meningkat korbannya,adakah kami bertiga akan terdedah dengan wabak itu? apabila di klcc yang kami lihat pelbagai bangsa manusianya di sini. Sedang kami menunggu di hadapan klcc, aku dapat melihat muda mudi melayau yang semakin hilang jati diri agamanya dan adat budayanya dan terkeluar di hatiku apakah kita yang perlu mengikuti pembangunan?sehinggakan terpaksa mengorbankan agama dan budaya kita serta lagi apakah pembangunan/kemajuan perlu mengikuti kita?yang mana kita pembangunan/kemajuan adalah perlu tanpa kita mengorbankan agama dan budaya kita. Jadi sama-samalah kita fikir-fikirkan!.

Jumaat, 17 Julai 2009

Berseharian Bersama Teman Sekolah

pepohon yang kekeringan


Puncak Kuasa Amanah Yang Tergalas


Nur Kasih-Nya


kebahagian mereka sepanjang hayatnya..insyaallah!


awan yang menjenguk juga satu ilham sejuta rasa


malam semakin hadir menelan keceriaan sang mentari yang menyinari


angin yang bertiup halus di penghujung senja


sang saka merah


jalan berliku yang ku tempuhi


sepanjang tebing keindahan dan kedamaian-Nya



dari atas jambatan yang anginnya membelai halus sukma


sejauh mata memandang begtulah jauhnya renungan jiwa kita!


sebuah ilham


bersiap untuk berlayar


indahnya


teman yang tinggal di cyberjaya


sudut kita berbeza


aku dan sesuatu


ketenangan yang di cari


saujana ketenangan air mampu melakarkan hati yang suci
"Kenangan ini ku lakarkan semasa berkunjung ke rumah kawan lama semasa bangku persekolahan lagi. Seharian kami berjalan di sekitar putrajaya yang cukup indah mata memandangnya bagiku". Ia umpama "secebis pengalaman membuka semerbak bunga ilham dan memberi sejuta kekuatan pada hati nurani memanjat tangga kejayaan hidup seterusnya".