Khamis, 26 Ogos 2010

Zikir Rindu


jom kita selami novel ini

saya pasti anda tidak akan bosan membaca novel ini!

Insaf

tiada majlis bersama Allah yang bermanfaat bagi anda selain majlis itu anda menyesali kesalahan diri...jangan menyesali diri sambil tertawa bahagia sebaliknya sedarkanlah diri anda dengan kejujuran juga merasa sedih disertai dengan jiwa yang pilu, kecewa serta merasa hina.

Rabu, 25 Ogos 2010

Rasa Hati Seorang Guru dan Mualim

jom kita baca buku ini
anda pasti puas
banyak yang tersurat dan tersirat
selamat membaca

Cinta Abadi

'siapa yang berselawat atasku sekali, Allah S.W.T akan berselawat padanya 10 kali'
H.R Muslim dan Abu Daud.

Orang Yang Rugi

Nabi SAW bersabda: Tahukah engkau orang yang rugi?
Para sahabat menjawab: Orang yang rugi adalah yang tidak mempunyai wang dan harta.
Nabi SAW menyanggah: Orang yang rugi adalah orang yang pada hari kiamat datang dengan membawa solat, puasa, dan zakat tetapi ia pernah mencaci, merosak kehormatan, memakan harta yang haram, menumpahkan darah dan memukul orang. Dan sehingga gantinya, amal kebaikannya diberikan kepada orang-orang teraniaya itu. Apabila amal kebaikannya telah habis sebelum bebanan kewajipannya terbayar, dosa-dosa mereka diambil dan diberikan padanya sehingga ia dilempar ke neraka.
(H.R Muslim dan al-Tirmidzi)

Selasa, 24 Ogos 2010

Isnin, 23 Ogos 2010

Bodoh

'orang yang bertanya kerana tidak tahu adalah orang yang bodoh sementara waktu, tetapi orang yang enggan yang bertanya setelah ia sedar yang dia tidak tahu adalah orang yang bodoh selama-lamanya'

Persoalan,Episod dan Rintangan

hidup ini penuh persoalan
penuh ini dengan episod warna warni
penuh ini dengan rintangan
setiap persoalan itu
pasti ada jawapannya
dan setiap warna warni itu
akan ada akhirnya
mungkin seindah pelangi
selepas hujan panas
dan apa jua rintangan itu
akan pasti muncul kebahagian
dan jelas hati kita
akan lebih tabah
untuk terus hidup
untuk terus mengharungi
gelora dunia fana ini...

Malam

malam ku yang sunyi
malam ku yang mengerti
malam ku yang tersenyum
malam ku yang penuh erti
malam ku yang tersendiri
malam ku yang berfikir
malam ku yang bermonolog
malam ku yang berakhir
dan malam ku akan bermula..

Rabu, 18 Ogos 2010

Wanita

kemuliaan mahkota wanita terletak pada agamanya
jika elok agamanya
maka eloklah budi bahasa dan pergaulannya
jika hilang agamanya
maka hancurlah mahkotanya
seperti pembuangan bayi
sana-sini
hingga lupa
pada ajar agamanya
tamsilan racun berduri
yang menikam hati kita
semoga wanita akan menjadi sri kandi
yang terulung dan terbilang
untuk agamanya.

Kata Tok Guru

YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan masalah buang bayi yang berlaku hari kerana rakyat hidup tanpa batas, dan bagaimana rakyat nak hidup dengan batas, kalau kerajaan pun langgar batas. Batas itulah yang disebut dalam Al-Quran sebagai Hudud. Langgar batas atau sempadan, tentu salah. Umpama sempadan tanah orang lain, jika kita ceroboh, ertinya salah. Hari ni, rakyat...Malaysia hidup di bawah naungan kerajaan yang melanggar 'sempadan tanah Allah'

Khamis, 12 Ogos 2010

Langkah Hidup

langkah permulaan adalah impian
langkah hidup kedua adalah usaha dan doa
langkah hidup seterusnya adalah tawakal kepada-Nya

Perahu Kehidupan Ialah TAKWA

Dunia ini adalah lautan yang dalam dan ramai manusia yang tenggelam di dalamnya. Oleh kerana itu, sediakanlah perahu untuk berlayar di atasnya. Perahu tersebut ialah TAKWA
Daripada Luqman al-Hakim.

Salam Ramadan 1431/2010

Penuhilah ramadan dengan mengejar dan memungut kelebihan yang diberikan kepada-Nya kepada kita sebagai hamba-Nya. Semoga ramadan ini akan lebih bermakna dan untuk kita menginsafi diri serta membersihkan hati.

Ahad, 2 Mei 2010

"belajarlah ilmu kerana Allah s.w.t yang boleh membawa kepada takutkan-Nya, menuntutnya pula ibadat, mengulangkajinya sebagai tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarnya kepada orang yang tidak tahu merupakan sedekah, memberi kepada ahlinya adalah ibadat, ilmu menjadi teman ketika keseorangan dan rakan ketika bersendirian" daripada Muaz bin Jabal r.a.

Isnin, 22 Mac 2010

Kemaafan

Kemaafan adalah kemuliaan, tetapi manusia sukar untuk menghadiahkan mutiara kemaafan kepada seseorang jika ianya disakiti, benarlah buat baik berkali-kali akan diingati dan jika sekali disakiti dan dikianati ianya umpama sembilu menikam hati..aku juga sukar memaafkan orang lain jika disakiti dan dikianati walaupun ku tahu ianya satu kemuliaan peribadi yang tinggi.

Malam

Malam yang sunyi
malam yang gelap
malam yang dihiasi bintang
malam yang tergantung bulan
dan malam yang setia
setianya malam pada perintah-Nya

Malam yang menyelimuti insan
malam yang memberi insan rehat
malam yang memberi seribu makna
malam yang menemani ku
malam yang memberi ku ilham
malam yang menerbitkan musahabah diriku
terima kasih malam
kerana kau juga kurnia-Nya
pada semua hamba-Nya
hamba-Nya
yang sering lupa
yang tak pernah cukup
dan ingkar pada pedoman-Mu

Berakhirnya Cuti

Hari ini dah berakhir cuti persekolahan penggal 1. Cepat masa berlalu, benarlah masa tidak dirasai hanya denyut nadi kita yang setia mengikuti masa. Selagi denyut nadi kita masih gagah berdenyut selagi itulah kita masih boleh menghirup udara dan melihat bumi-Nya ini. Sepanjang aku berpraktikal di SMG banyak rempah perasaan yang aku dapat rasakan, masih ada sebulan lebih untuk aku melaksanakan tugas dan tanggungjawab di situ. Aku berharap semoga ianya akan berjalan dengan lancar dan memberi aku kekuatan yang kental untuk menghabiskan langkah pendakian perjuangan selama 14 minggu di SMG. Aku pernah terfikir, dunia pendidikan samalah dengan dunia kerjaya yang lain, dunia ini juga penuh dengan cabaran. Aku juga sering bertanya jika aku menjadi guru atau pendidik atau murabbi atau mualim, apakah aku hanya untuk mencukupi bulan dan sekadar makan gaji dan jika aku tidak faham apa itu erti gelaran tadi, umpama gaji yang akan aku dapat tidak akan mendapat keberkatan. Aku sedar, aku hanya manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan dan kadang-kadang terbit di hati ini niat yang kurang elok, tapi aku sentiasa minta agar ianya dijauhkan memasuki hati dan fikiran aku. Aku juga pernah terfikir, jika pelajar umpama samseng guru juga perlu membawa sikap samseng. Hanya samseng yang tahu mengajar samseng yang lain, itu hanya fikiran aku. Apa yang aku titipkan ini hanya sekadar fikiran dan apa yang baik jadikan iktibar serta apa yang tidak baik jadikan teladan, jadi fikirlah sendiri.

Selasa, 26 Januari 2010

SASTERA PENTING ATAU TIDAK DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGARA?

ROYALTI ATAU WANG EHSAN?

Apa pandangan anda semua ROYALTI atau Wang Ehsan?

Dan Apa Alasan Anda Jika ROYALTI Atau Wang Ehsan?

Isnin, 25 Januari 2010

Rasa

Rasa Terkilan
Rasa Tersusik Hati
Rasa Sedih
Rasa Kecewa
Rasa Marah
Rasa Geram
Rasa Menyesal
Rasa Gelisah
Rasa Kesuntukkan
Rasa Gembira
Rasa Teruja
Rasa Gila
Rasa Bersemangat
Tu adalah warna warni diri kita....

Sabtu, 23 Januari 2010

Waktu

waktu yang berlalu
dan terus berlalu
dan waktu yang akan tiba

waktu yang dirasakan
oleh perasaan jiwa
adalah anugerah-Nya
adalah nikmat-Nya
dengan waktulah kita melayari lebuhraya hidup
dengan waktulah kita merancang pentas hidup
dengan waktulah akan tiba masa gembira coretan hidup
dengan waktulah akan tiba masa duka catatan hidup
dan dengan waktulah akan tiba masa yang dijanjikan
waktu yang dijanjikan itu adalah hadiah kematian oleh-Nya
dan akan bergembiralah bagi yang beramal
dan akan berdukalah bagi yang mencintai dunia
dan waktu tak pernah melanggar janjinya
dan waktu itu akan tiba bagi setiap insan yang bernyawa....

Sekeping Hati

hati bisa buat kita merana
hati bisa buat kita kecewa
hati bisa buat kita gembira
hati bisa buat kita gundah gulana
hati bisa berbisik untuk kita
hati adalah segalanya
hati yang bersih dan tulus mulus
sukar dicari dalam sejuta
selamilah hati kita dengan akar keimanan
agar kita menjadi lebih tenang
walaupun dalam kecelaruan roda hidup..