Isnin, 22 Mac 2010

Berakhirnya Cuti

Hari ini dah berakhir cuti persekolahan penggal 1. Cepat masa berlalu, benarlah masa tidak dirasai hanya denyut nadi kita yang setia mengikuti masa. Selagi denyut nadi kita masih gagah berdenyut selagi itulah kita masih boleh menghirup udara dan melihat bumi-Nya ini. Sepanjang aku berpraktikal di SMG banyak rempah perasaan yang aku dapat rasakan, masih ada sebulan lebih untuk aku melaksanakan tugas dan tanggungjawab di situ. Aku berharap semoga ianya akan berjalan dengan lancar dan memberi aku kekuatan yang kental untuk menghabiskan langkah pendakian perjuangan selama 14 minggu di SMG. Aku pernah terfikir, dunia pendidikan samalah dengan dunia kerjaya yang lain, dunia ini juga penuh dengan cabaran. Aku juga sering bertanya jika aku menjadi guru atau pendidik atau murabbi atau mualim, apakah aku hanya untuk mencukupi bulan dan sekadar makan gaji dan jika aku tidak faham apa itu erti gelaran tadi, umpama gaji yang akan aku dapat tidak akan mendapat keberkatan. Aku sedar, aku hanya manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan dan kadang-kadang terbit di hati ini niat yang kurang elok, tapi aku sentiasa minta agar ianya dijauhkan memasuki hati dan fikiran aku. Aku juga pernah terfikir, jika pelajar umpama samseng guru juga perlu membawa sikap samseng. Hanya samseng yang tahu mengajar samseng yang lain, itu hanya fikiran aku. Apa yang aku titipkan ini hanya sekadar fikiran dan apa yang baik jadikan iktibar serta apa yang tidak baik jadikan teladan, jadi fikirlah sendiri.

Tiada ulasan: