Isnin, 22 Mac 2010

Kemaafan

Kemaafan adalah kemuliaan, tetapi manusia sukar untuk menghadiahkan mutiara kemaafan kepada seseorang jika ianya disakiti, benarlah buat baik berkali-kali akan diingati dan jika sekali disakiti dan dikianati ianya umpama sembilu menikam hati..aku juga sukar memaafkan orang lain jika disakiti dan dikianati walaupun ku tahu ianya satu kemuliaan peribadi yang tinggi.

Malam

Malam yang sunyi
malam yang gelap
malam yang dihiasi bintang
malam yang tergantung bulan
dan malam yang setia
setianya malam pada perintah-Nya

Malam yang menyelimuti insan
malam yang memberi insan rehat
malam yang memberi seribu makna
malam yang menemani ku
malam yang memberi ku ilham
malam yang menerbitkan musahabah diriku
terima kasih malam
kerana kau juga kurnia-Nya
pada semua hamba-Nya
hamba-Nya
yang sering lupa
yang tak pernah cukup
dan ingkar pada pedoman-Mu

Berakhirnya Cuti

Hari ini dah berakhir cuti persekolahan penggal 1. Cepat masa berlalu, benarlah masa tidak dirasai hanya denyut nadi kita yang setia mengikuti masa. Selagi denyut nadi kita masih gagah berdenyut selagi itulah kita masih boleh menghirup udara dan melihat bumi-Nya ini. Sepanjang aku berpraktikal di SMG banyak rempah perasaan yang aku dapat rasakan, masih ada sebulan lebih untuk aku melaksanakan tugas dan tanggungjawab di situ. Aku berharap semoga ianya akan berjalan dengan lancar dan memberi aku kekuatan yang kental untuk menghabiskan langkah pendakian perjuangan selama 14 minggu di SMG. Aku pernah terfikir, dunia pendidikan samalah dengan dunia kerjaya yang lain, dunia ini juga penuh dengan cabaran. Aku juga sering bertanya jika aku menjadi guru atau pendidik atau murabbi atau mualim, apakah aku hanya untuk mencukupi bulan dan sekadar makan gaji dan jika aku tidak faham apa itu erti gelaran tadi, umpama gaji yang akan aku dapat tidak akan mendapat keberkatan. Aku sedar, aku hanya manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan dan kadang-kadang terbit di hati ini niat yang kurang elok, tapi aku sentiasa minta agar ianya dijauhkan memasuki hati dan fikiran aku. Aku juga pernah terfikir, jika pelajar umpama samseng guru juga perlu membawa sikap samseng. Hanya samseng yang tahu mengajar samseng yang lain, itu hanya fikiran aku. Apa yang aku titipkan ini hanya sekadar fikiran dan apa yang baik jadikan iktibar serta apa yang tidak baik jadikan teladan, jadi fikirlah sendiri.

Selasa, 26 Januari 2010

SASTERA PENTING ATAU TIDAK DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGARA?

ROYALTI ATAU WANG EHSAN?

Apa pandangan anda semua ROYALTI atau Wang Ehsan?

Dan Apa Alasan Anda Jika ROYALTI Atau Wang Ehsan?

Isnin, 25 Januari 2010

Rasa

Rasa Terkilan
Rasa Tersusik Hati
Rasa Sedih
Rasa Kecewa
Rasa Marah
Rasa Geram
Rasa Menyesal
Rasa Gelisah
Rasa Kesuntukkan
Rasa Gembira
Rasa Teruja
Rasa Gila
Rasa Bersemangat
Tu adalah warna warni diri kita....

Sabtu, 23 Januari 2010

Waktu

waktu yang berlalu
dan terus berlalu
dan waktu yang akan tiba

waktu yang dirasakan
oleh perasaan jiwa
adalah anugerah-Nya
adalah nikmat-Nya
dengan waktulah kita melayari lebuhraya hidup
dengan waktulah kita merancang pentas hidup
dengan waktulah akan tiba masa gembira coretan hidup
dengan waktulah akan tiba masa duka catatan hidup
dan dengan waktulah akan tiba masa yang dijanjikan
waktu yang dijanjikan itu adalah hadiah kematian oleh-Nya
dan akan bergembiralah bagi yang beramal
dan akan berdukalah bagi yang mencintai dunia
dan waktu tak pernah melanggar janjinya
dan waktu itu akan tiba bagi setiap insan yang bernyawa....