Khamis, 30 Julai 2009

Kasih Ibu

Kasihmu harum mekar mewangi
Sepanjang zaman dan waktu
Sehingga dunia ini mati
Kasihmu telah memberi kami harapan
Memberi kami nafas-nafas hidup
Mengajar kami falsafah hidup
Kau juga digelar Umi, Mama
Walau apa pun gelarannya
Kasihmu tetap agung seperti sepohon pokok
Yang rendang yang melindungi kami

Sungguh besar pengorbananmu
Mengandungkan kami dengan sabar
Membesarkan kami dengan segala kepayahan
Menghadiahkan kami nilai-nilai kemanusiaan
Untuk menjadi bekal pada kami sesudah dewasa
Bila kami berjaya kaulah wanita pertama
Yang melukiskan wajah kegembiraan mu itu
Yang selama ini dengan suci
Telah mendoakan kami sepanjang hayatmu
Buat kami yang bergelar anakmu


Bila jodoh menjemput kami
Kaulah insan yang paling riang
Agar detik bahagia dan jodoh anakmu ini
Semakin berpanjangan dan bercahaya
Dengan kilauan mutiara kebahagian
sehingga akhir hayat kami
Bila lahir pewaris kami
Kaulah orang yang paling bahagia
Apabila melihat kebahagian keluarga anakmu
Sehinggakan kau juga sanggup
Untuk melupakan kesenanganmu
Bagi menjaga dan mendidik cucumu pula
Sehingga mengabaikan kesihatanmu

Kini di wajahmu
Telah timbul berjuta garis lanjut waktumu
Tapi kau masih tetap mampu tersenyum
Dan masih berjuang gagah beribadat
Kepada-Nya menghabiskan sisa-sisa
Waktu dan hidupmu yang masih ada
Walaupun begitu
Kau tetap masih memberi kesenangan
Pada anakmu yang disayangi

Dan kini detik itu telah tiba datang
Kau kini pergi mengadap-Nya
Dengan membawa wajah penuh kejernihan
Dengan membawa potret kasih kemuliaan seorang ibu
Yang telah banyak berjasa pada anakmu
Yang telah begitu setia pada suamimu
Yang telah banyak berbakti pada mahligai keluargamu
Sehingga ke akhir hayatmu

Sesungguhnya benarlah bagiku
Bahawa kasih ibu membawa ke syurga
Dan sesungguhnya benarlah syurga itu
di bawah tapak kaki Ibu
Hargailah mereka sementara masih ada
Bagi yang telah meninggalkan kita
Hadiahkanlah ayat-ayat suci-Nya
Kepada Ibu kita yang tercinta
suasana malam kadang2 membuatkan kita dibuai mimpi xpasti
(nukilan seorang sahabat semasa ber ym dengannya)

Rabu, 29 Julai 2009

Virus KHAR

Sedang aku membuat kerja sebagai seorang siswa bertemankan laptop hanya pinjaman sementara kita kat dunia ini.....tiba-tiba kedengaran pengumuman sayup (tak jelas lagi tak berfikir) yang mengatakan bahawa kami semua dikenakan kurantin oleh sebab virus babi oh babi yang tak sudahnya dan seketika gamat khar dengan suara penghuni tingkat ilmu ini, entahkan berilmu ada pun tidak, entahkan berfikir ada tidak atau sekadar mempunyai otak ayam yang tidak tahu berfikir seperti insan yang celik fikirannya kerana mempunyai kurniaan akal dari-Nya..apalah hikmahnya berlaku perkara ini, mungkin dunia ini semakin panas dengan kerosakkan tangan-tangan manusia sendiri,hahaha,hihihi..

P/S: mungkinkah khar ini turut menyumbang kerosakkan alam dan kemurkaan-Nya, sesungguhnya setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya seperti kejadian gerhana matahari. Jadi fikir-berfikirlah,haha,hihi....ada kat sini yang lelaki dah kerat2 tapi nak bertukar jadi ##### ... Itu tak masuk lagi masalah sosial lain lagi kat sini, cikgu bitara katakan,haha..sekadar renungan kita sendiri.

Disini Bermula

Aku di sini mencari arah perjalanan
Yang entah pasti bagaimana bermula
Yang keliru dengan diri sendiri
Aku lemah di mamah durjana hati syaitan

Hujan turun bagai mengerti
Kepanasan dan kegeloraan jiwa ini
Satu nukilan rahmat yang Esa
Sinar senja matahari yang penghujung
Seakan mengejek jiwa ini
Yang semakin lemah
Pedih, sakit, menuju mati jiwa ini

Aku pasrah
Aku redha
Aku tetap begini
Antara hakikat
Dan antara ke tak pastian hidup
Gelombang dan padang permainan jiwa hidup
Yang bila akan tenang, setenang-Mu
Selagi kita bergelar insan dan mengayuh nafas-Nya..

Ahad, 19 Julai 2009

Mansuhkan ISA!


Sertailah perhimpunan tersebut dan nyatakan kehendak itu secara aman..kerana negara kita sebuah negara demokrasi. Rakyat berhak menyuarakan pandangan mengikut kebebasan bersuara selagi ianya tidak mengancam keselamatan negara..semoga himpunan tersebut dalam keadaan aman sejahtera..hidup keadilan untuk rakyat!!

P/S: janganlah ada FRU yang menyembur water canon kepada rakyat yang berhimpun secara aman..ingatlah "integriti amalan kita" jadi profesionallah bertindak jangan dipengaruhi oleh mana-mana pihak seperti mana S.N A Samad Said yang terkena semburan tersebut semasa berhimpun mendesak kerajaan memansuhkan PSMI..hehehe.
sekadar renungan, fikir-fikirkanlah!!

Sabtu, 18 Julai 2009

Tambang Naik Lagi!!

Kenaikan 1.2 sen hingga RM31.70 mulai Ogos

"KUALA LUMPUR: Kadar tambang lapan pengangkutan awam meningkat antara 2 sen hingga RM6.33 di Semenanjung, manakala di Sabah (2 sen hingga RM31.70) dan Sarawak (1.2 sen hingga RM2), berkuat kuasa 1 Ogos ini. Kenaikan itu diluluskan Kabinet pada 17 Jun lalu berikutan peningkatan kos operasi perkhidmatan berkenaan. Kali terakhir kadar tambang bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan kereta sewa dinaikkan pada Mei 2005, manakala bas sekolah pada April 2006. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, ketika mengumumkannya semalam, berkata Kabinet juga menggariskan beberapa langkah penambahbaikan industri pengangkutan awam agar seiring dengan kenaikan tambang itu".

Begitulah sebahagian petikan daripada Berita Harian Online pada 17 Julai 09 mengenai kenaikan tambang pengangkutan awam yang akan memberi kesan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Apakah cara ini yang terbaik di war-warkan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah pengangkutan awam bagi meningkatkan mutu perkhidmatannya?. Kemana perginya semua dana yang diberitahu oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam?. Rakyat semakin terhimpit dengan alasan oleh sang mentari "kerajaan terpaksa menaikkan tambang kerana pengusaha pengangkutan awam semakin menanggung rugi akibat kos operasi yang meningkat, begitulah alasannya". Mungkin sang-sang menteri itu tidak berasa apa-apa kesan dengan kenaikan sebegitu kerana mereka bukannya menggunakan perkhidmatan awam jadi apa mereka peduli, gaji mereka pun tinggi tidak seperti golongan rakyat marhen yang sering menggunakan pengangkutan awam tersebut seperti golongan pelajar yang dahlah pula berhutang dengan PTPTN yang kadang-kadang masuk lewat pinjamannya. Keadaan bertambah perit apabila musim perayaan akan datang kebanyakkan golongan marhen bertambah menggunakan perkhidmatan awam, hendak tidak mereka terpaksa menggunakannya walaupun dalam keadaan terhimpit dengan pelbagai masalah. Beginikah prinsip 1Malaysia yang mana rakyat didahulukan prestasi diutamakan atau sekadar retorik semata-mata.

P/S: Mungkin 1 lagi hadiah PM kita menjadikan 12 sempena 100 hari pemenrintahannya (bukan menyebelahi mana-mana pihak, sekadar memberi pandangan daripada seorang rakyat biasa yang ingin melihat kebajikan rakyat terpelihara. Nampaknya lepas ni terpaksalah kurangkan balik kampung atau ke mana-mana,haha)

Jumaat, 17 Julai 2009

Berseharian Bersama Teman Sekolah

pepohon yang kekeringan


Puncak Kuasa Amanah Yang Tergalas


Nur Kasih-Nya


kebahagian mereka sepanjang hayatnya..insyaallah!


awan yang menjenguk juga satu ilham sejuta rasa


malam semakin hadir menelan keceriaan sang mentari yang menyinari


angin yang bertiup halus di penghujung senja


sang saka merah


jalan berliku yang ku tempuhi


sepanjang tebing keindahan dan kedamaian-Nya



dari atas jambatan yang anginnya membelai halus sukma


sejauh mata memandang begtulah jauhnya renungan jiwa kita!


sebuah ilham


bersiap untuk berlayar


indahnya


teman yang tinggal di cyberjaya


sudut kita berbeza


aku dan sesuatu


ketenangan yang di cari


saujana ketenangan air mampu melakarkan hati yang suci
"Kenangan ini ku lakarkan semasa berkunjung ke rumah kawan lama semasa bangku persekolahan lagi. Seharian kami berjalan di sekitar putrajaya yang cukup indah mata memandangnya bagiku". Ia umpama "secebis pengalaman membuka semerbak bunga ilham dan memberi sejuta kekuatan pada hati nurani memanjat tangga kejayaan hidup seterusnya".

Sabtu, 11 Julai 2009

Kua Kia Soong

"Sebuah buku yang wajar di baca oleh setiap lapisan masyarakat. Pandangan kita mungkin berbeza setelah membacanya mengikut perspektif kebijaksanaan minda kita dan itu menjadikan kita lebih ke arah positif hendaknya. Jadikan sejarah lalu sebagai pengajaran dan bukan mencipta fakta sejarah sendiri dan menjadikan sejarah itu untuk mengenyangkan kepentingan diri sendiri kerana kebenaran sejarah-Nya nanti akan tiba jua"

"koreklah lubang hidung mu dengan bersungguh-sungguh dan carilah ketenangan di dalamnya"
Sumber: Seorang Sahabat
"kesedihan mengajar kita untuk lebih tabah mengharungi titian kehidupan"