Kenaikan 1.2 sen hingga RM31.70 mulai Ogos
"KUALA LUMPUR: Kadar tambang lapan pengangkutan awam meningkat antara 2 sen hingga RM6.33 di Semenanjung, manakala di Sabah (2 sen hingga RM31.70) dan Sarawak (1.2 sen hingga RM2), berkuat kuasa 1 Ogos ini. Kenaikan itu diluluskan Kabinet pada 17 Jun lalu berikutan peningkatan kos operasi perkhidmatan berkenaan. Kali terakhir kadar tambang bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan kereta sewa dinaikkan pada Mei 2005, manakala bas sekolah pada April 2006. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, ketika mengumumkannya semalam, berkata Kabinet juga menggariskan beberapa langkah penambahbaikan industri pengangkutan awam agar seiring dengan kenaikan tambang itu".
Begitulah sebahagian petikan daripada Berita Harian Online pada 17 Julai 09 mengenai kenaikan tambang pengangkutan awam yang akan memberi kesan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Apakah cara ini yang terbaik di war-warkan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah pengangkutan awam bagi meningkatkan mutu perkhidmatannya?. Kemana perginya semua dana yang diberitahu oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam?. Rakyat semakin terhimpit dengan alasan oleh sang mentari "kerajaan terpaksa menaikkan tambang kerana pengusaha pengangkutan awam semakin menanggung rugi akibat kos operasi yang meningkat, begitulah alasannya". Mungkin sang-sang menteri itu tidak berasa apa-apa kesan dengan kenaikan sebegitu kerana mereka bukannya menggunakan perkhidmatan awam jadi apa mereka peduli, gaji mereka pun tinggi tidak seperti golongan rakyat marhen yang sering menggunakan pengangkutan awam tersebut seperti golongan pelajar yang dahlah pula berhutang dengan PTPTN yang kadang-kadang masuk lewat pinjamannya. Keadaan bertambah perit apabila musim perayaan akan datang kebanyakkan golongan marhen bertambah menggunakan perkhidmatan awam, hendak tidak mereka terpaksa menggunakannya walaupun dalam keadaan terhimpit dengan pelbagai masalah. Beginikah prinsip 1Malaysia yang mana rakyat didahulukan prestasi diutamakan atau sekadar retorik semata-mata.
P/S: Mungkin 1 lagi hadiah PM kita menjadikan 12 sempena 100 hari pemenrintahannya (bukan menyebelahi mana-mana pihak, sekadar memberi pandangan daripada seorang rakyat biasa yang ingin melihat kebajikan rakyat terpelihara. Nampaknya lepas ni terpaksalah kurangkan balik kampung atau ke mana-mana,haha)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan