Khamis, 30 Julai 2009

Kasih Ibu

Kasihmu harum mekar mewangi
Sepanjang zaman dan waktu
Sehingga dunia ini mati
Kasihmu telah memberi kami harapan
Memberi kami nafas-nafas hidup
Mengajar kami falsafah hidup
Kau juga digelar Umi, Mama
Walau apa pun gelarannya
Kasihmu tetap agung seperti sepohon pokok
Yang rendang yang melindungi kami

Sungguh besar pengorbananmu
Mengandungkan kami dengan sabar
Membesarkan kami dengan segala kepayahan
Menghadiahkan kami nilai-nilai kemanusiaan
Untuk menjadi bekal pada kami sesudah dewasa
Bila kami berjaya kaulah wanita pertama
Yang melukiskan wajah kegembiraan mu itu
Yang selama ini dengan suci
Telah mendoakan kami sepanjang hayatmu
Buat kami yang bergelar anakmu


Bila jodoh menjemput kami
Kaulah insan yang paling riang
Agar detik bahagia dan jodoh anakmu ini
Semakin berpanjangan dan bercahaya
Dengan kilauan mutiara kebahagian
sehingga akhir hayat kami
Bila lahir pewaris kami
Kaulah orang yang paling bahagia
Apabila melihat kebahagian keluarga anakmu
Sehinggakan kau juga sanggup
Untuk melupakan kesenanganmu
Bagi menjaga dan mendidik cucumu pula
Sehingga mengabaikan kesihatanmu

Kini di wajahmu
Telah timbul berjuta garis lanjut waktumu
Tapi kau masih tetap mampu tersenyum
Dan masih berjuang gagah beribadat
Kepada-Nya menghabiskan sisa-sisa
Waktu dan hidupmu yang masih ada
Walaupun begitu
Kau tetap masih memberi kesenangan
Pada anakmu yang disayangi

Dan kini detik itu telah tiba datang
Kau kini pergi mengadap-Nya
Dengan membawa wajah penuh kejernihan
Dengan membawa potret kasih kemuliaan seorang ibu
Yang telah banyak berjasa pada anakmu
Yang telah begitu setia pada suamimu
Yang telah banyak berbakti pada mahligai keluargamu
Sehingga ke akhir hayatmu

Sesungguhnya benarlah bagiku
Bahawa kasih ibu membawa ke syurga
Dan sesungguhnya benarlah syurga itu
di bawah tapak kaki Ibu
Hargailah mereka sementara masih ada
Bagi yang telah meninggalkan kita
Hadiahkanlah ayat-ayat suci-Nya
Kepada Ibu kita yang tercinta

Tiada ulasan: