Sabtu, 15 Ogos 2009

Gerimis Semalam

Perjalanan ku tempuhi menemui hujan
sebaik sampai gerimis melanda diri
terasa begitu indah
apabila melihat gerimis
yang turun di bawah pancaran neon
umpama salji yang turun dengan lembut

sedang memerhati
pelancong asing bertanya
bukan ku tak menjawab
tapi caranya bertanya dengan jauh
dan hon suara jawapan kami ianya tidak dengar
dan dia berlalu pergi

sedang menunggu lagi
suasana agak menggangu corong telinga
apabila melihat orang kota membuang hon kereta mereka
yang tidak sabar
apabila kereta di depan berhenti
untuk membuang penumpangnya
begitu adab kota

sedang dalam kebosanan lagi
ku melihat anak melayau
yang semakin hilang agamanya
hati ku terkilan
apakah masa depan negara nanti!

masa telah tiba
ku pulang dengan membisu seribu bahasa
dan hanya hati yang berkata-kata
dan gerimis di klcc semalam
mengajarku melihat keindahan-Nya
walaupun di kota
kerana-Nya Maha adil
Maha kuasa dan Maha mengasihi manusia!

Suasana Semalam

Semalam aku menemani kawan sebilik dan serumah dahulu ke kuala lumpur untuk mengambil barang dengan kawan abangnya di klcc. Kami bertiga sampai ke kl lebih kurang jam 8.00 malam keadaan jalan raya agak sibuk dan hujan lebat dan gerimis turun menyambut kedatangan kami. keadaan klcc agak sibuk dengan pengunjungnya yang majoritinya ialah pelancong asing, terdetik di minda aku dengan keadaan semasa iaitu penularan wabak H1N1 yang semakin meningkat korbannya,adakah kami bertiga akan terdedah dengan wabak itu? apabila di klcc yang kami lihat pelbagai bangsa manusianya di sini. Sedang kami menunggu di hadapan klcc, aku dapat melihat muda mudi melayau yang semakin hilang jati diri agamanya dan adat budayanya dan terkeluar di hatiku apakah kita yang perlu mengikuti pembangunan?sehinggakan terpaksa mengorbankan agama dan budaya kita serta lagi apakah pembangunan/kemajuan perlu mengikuti kita?yang mana kita pembangunan/kemajuan adalah perlu tanpa kita mengorbankan agama dan budaya kita. Jadi sama-samalah kita fikir-fikirkan!.

Selasa, 11 Ogos 2009

merenung diri!

sejenak merenung diri dan masa hadapan itulah permulaan mencari kelemahan diri sendiri dan mungkin memberi bunga kemekaran kepada diri untuk berusaha mengubah diri, tamsilan menggilap mutiara agar menjadi lebih bersinar dan kuasa sinarnya dapat membawa kejayaan kepada diri sendiri serta kepada orang di sekeliling kita!

Alam-Nya

malam satu topeng kegelapan
mungkin di sebalik itu
terpancar cahaya kebenaran
malam satu pernantian siang
senyum pagi mula hadir menyejuk diri
meneruskan langkah diari episod

tengahari kau mula hadir panas membahang
kau telah membunuh dan menelan dingin pagi
mengering dan memanaskan alam
dengan izin dan kuasa-Nya

kini tiba petang yang selalu menepati janjinya
tanpa malu menghalau tengahari
walaupun kau kadang-kadang membawa cahaya mendung
tapi sebenarnya kau hendak menghadiahkan kami hujan
dan mungkin hanya kau mengacah kami dengan hujan rahmat-Mu
dan mungkin juga menghadiahkan kami senyuman pelangi indah
kini dengan aturan-Nya senja tiba
memberi tanda kegelapan malam akan datang
untuk menyelimuti alam
dan menghadiahkan seribu persoalan
untuk kami menginsafi kebesaran dan hikmah-Nya
iaitu sebuah roda alam-Nya

Isnin, 10 Ogos 2009

"Suasana Yang Memberiku Buah Fikiran"

Sunyi sepi ketika aku memasuki bilik tesis hari ini dan semestinya bilik itu tidak akan menjadi tempat kunjungan yang di minati oleh para pelajar. Sudah semestinya mungkin-mungkin konsert atau jua bentuk hiburan yang melalaikan akan menjadi perhatian utama dan menjadi tempat paling ramai orang untuk mengunjunginya (mungkin seperti konsert sempena pesta konvo yang mengundang beberapa artis yang tidak perlulah saya sebutkan di sini). Penganjuran konsert di UPSI bukanlah perkara baru malah cuba sentiasa untuk diadakan dan ianya sering dibantah oleh setengah pihak yang tidak menyenanginya. Dalam Islam sendiri tidak mengharamkan hiburan kerana ianya merupakan keperluan tuntutan fitrah manusia, soalnya di sini hiburan yang bagaimana yang ingin diterapkan oleh pihak penganjur dan UPSI sendiri selaku tuan rumah!adakah hiburan yang melalaikan atau hiburan yang mengajak manusia mengenal Tuhannya!sesungguhnya Islam itu sendiri sempurna kerana dengan Islamlah sebenarnya ianya menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan, menjaga, maruah dan menjaga harta selagi kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini masih berpegang kepada sunnah Rasulullah dan ajaran-Nya. Dan alangkah manisnya jika budaya menyukai hiburan juga sama menyukai mengunjungi perpustakaan untuk meneroka lautan ilmu yang tidak terdaya kita menerokanya selama 4 tahun kita di UPSI. Sesungguhnya masyarakat hari ini cuba dibentuk menggilakan hiburan dan hiburan itu telah menjadi makanan utama rohani mereka sebagai contoh dapat dilihat melalui pelbagai rancangan realiti TV seperti AF, Mentor, Malaysia Idol dan sebagai lagi yang tidak tertulis di sini....
p/s: tepuk hati tanya minda ke mana arah tuju kita sebenar sebagai anak bangsa yang ingin senantiasa kita azamkan untuk berbakti kepada agama, negara dan bangsa, fikir-fikirkanlah! dan untuk diri aku sendiri sebagai ingatan kerana diri ini juga tidak terlepas melakukan kesalahan dan kelalaian..sekadar pandangan peribadi!

Ahad, 9 Ogos 2009

PELITA ALAM UPSI

Hujan gerimis masih belum reda
Menyejuk mendamai kehijauan alam
Alam mu tetap damai kehijauan
Embun mu sejernih biru lautan
Kukuh berdiri mu perkasa alam pelita.

Hati jantung mu semangat alam
Masih bertatih, merangkak, berjalan dan berlari
Menuju pelita universal
Menerima, membentuk dan melahirkan
Anak bangsa pendidik terbilang terjulang
Mengajar tulis baca mengira
Dengan gagah dan teguh.

Bagai pahlawan sejati
Yang kekeringan
Yang kehausan dan kesepian
Semangat pelita putaran waktu lalu.

Sabtu, 8 Ogos 2009

fikirkanlah untuk aku sendiri!

"iman yang semakin menipis umpama pohon yang semakin kekeringan menunggu saat kematiannya di akar dada kita oleh dek kegelapan dosa yang tidak kita sendiri cucikan dengan pahala"