Sunyi sepi ketika aku memasuki bilik tesis hari ini dan semestinya bilik itu tidak akan menjadi tempat kunjungan yang di minati oleh para pelajar. Sudah semestinya mungkin-mungkin konsert atau jua bentuk hiburan yang melalaikan akan menjadi perhatian utama dan menjadi tempat paling ramai orang untuk mengunjunginya (mungkin seperti konsert sempena pesta konvo yang mengundang beberapa artis yang tidak perlulah saya sebutkan di sini). Penganjuran konsert di UPSI bukanlah perkara baru malah cuba sentiasa untuk diadakan dan ianya sering dibantah oleh setengah pihak yang tidak menyenanginya. Dalam Islam sendiri tidak mengharamkan hiburan kerana ianya merupakan keperluan tuntutan fitrah manusia, soalnya di sini hiburan yang bagaimana yang ingin diterapkan oleh pihak penganjur dan UPSI sendiri selaku tuan rumah!adakah hiburan yang melalaikan atau hiburan yang mengajak manusia mengenal Tuhannya!sesungguhnya Islam itu sendiri sempurna kerana dengan Islamlah sebenarnya ianya menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan, menjaga, maruah dan menjaga harta selagi kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini masih berpegang kepada sunnah Rasulullah dan ajaran-Nya. Dan alangkah manisnya jika budaya menyukai hiburan juga sama menyukai mengunjungi perpustakaan untuk meneroka lautan ilmu yang tidak terdaya kita menerokanya selama 4 tahun kita di UPSI. Sesungguhnya masyarakat hari ini cuba dibentuk menggilakan hiburan dan hiburan itu telah menjadi makanan utama rohani mereka sebagai contoh dapat dilihat melalui pelbagai rancangan realiti TV seperti AF, Mentor, Malaysia Idol dan sebagai lagi yang tidak tertulis di sini....
p/s: tepuk hati tanya minda ke mana arah tuju kita sebenar sebagai anak bangsa yang ingin senantiasa kita azamkan untuk berbakti kepada agama, negara dan bangsa, fikir-fikirkanlah! dan untuk diri aku sendiri sebagai ingatan kerana diri ini juga tidak terlepas melakukan kesalahan dan kelalaian..sekadar pandangan peribadi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan