malam satu topeng kegelapan
mungkin di sebalik itu
terpancar cahaya kebenaran
malam satu pernantian siang
senyum pagi mula hadir menyejuk diri
meneruskan langkah diari episod
tengahari kau mula hadir panas membahang
kau telah membunuh dan menelan dingin pagi
mengering dan memanaskan alam
dengan izin dan kuasa-Nya
kini tiba petang yang selalu menepati janjinya
tanpa malu menghalau tengahari
walaupun kau kadang-kadang membawa cahaya mendung
tapi sebenarnya kau hendak menghadiahkan kami hujan
dan mungkin hanya kau mengacah kami dengan hujan rahmat-Mu
dan mungkin juga menghadiahkan kami senyuman pelangi indah
kini dengan aturan-Nya senja tiba
memberi tanda kegelapan malam akan datang
untuk menyelimuti alam
dan menghadiahkan seribu persoalan
untuk kami menginsafi kebesaran dan hikmah-Nya
iaitu sebuah roda alam-Nya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan